fbpx

Paramedik e-skuter antara 14 pembaharuan baharu di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paramedik e-skuter antara pembaharuan yang dibuat di KLIA bagi meningkatkan tahap keselesaan penumpang. Foto FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

SEPANG – Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) melaksanakan sebanyak 14 inisiatif baharu di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melibatkan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi memberikan perkhidmatan terbaik pada penumpang.

Antara 14 inisiatif itu antaranya melibatkan perkhidmatan tindak balas kecemasan dengan paramedik dilengkapi e-skuter selain penggantian 5,000 troli bagasi baharu bagi memudahkan pergerakan penumpang.

Pengurus Besar Operasi Terminal 1, KLIA, Abd. Hasman Abd. Muhimim berkata, penambahbaikan 14 inisiatif itu diharap memberikan keselesaan kepada penumpang khususnya sempena Kepengerusian ASEAN dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Dengan komitmen itu, MAHB berharap Sidang Kemuncak ASEAN akan menjadi lebih cemerlang selain kempen Melawat Malaysia 2026 akan memberi impak besar pada negara,” katanya pada pemberita di KLIA di sini tadi.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan bagi penambahbaikan itu setakat ini.

“Kami sentiasa berbelanja bagi menaik taraf semua kemudahan di KLIA yang mana salah satu daripadanya bagi mengurangkan kesesakan di kawasan itu.

“Dengan peningkatan jumlah penumpang yang kita lihat, maka ia adalah penting bagi kami meningkatkan kapasiti terutama di pemeriksaan keselamatan di kaunter imigresen.

“Ia bagi mengelakkan penumpang beratur panjang selain mahu meningkatkan tahap kecekapan ketika bertugas,” jelasnya.

Dalam pada itu, penambahbaikan fasiliti yang dibuat di KLIA antara lain turut melibatkan penyediaan 36 lot parkir mesra keluarga selain penyediaan 50 kerusi roda percuma dan susunan semula kerusi penumpang di tingkat 5 KLIA.

Selain itu, sebanyak 80 buah tandas turut dinaik taraf bagi memberi lebih keselesaan kepada penumpang selain meningkatkan jumlah penumpang dari 770 kepada 1,569 per jam bagi pemeriksaan keselamatan terminal domestik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI