fbpx

Nahas UPSI: Tiga mangsa kembali ke kampus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN bas membawa pelajar UPSI yang terlibat kemalangan di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat dekat Tasik Banding, Gerik baru-baru ini

JELI – Tiga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak pada 9 Jun lalu kembali mengikuti pengajian di kampus mereka di Tanjung Malim.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, sebahagian besar mangsa bagaimanapun masih meneruskan pengajian secara dalam talian.

Katanya, pihak universiti menyediakan dua kaedah pembelajaran secara fizikal dan dalam talian bagi memastikan kesemua pelajar dapat mengikuti kuliah tanpa ketinggalan

“Kesemua mangsa yang selamat dibenarkan keluar dari hospital. Pelajar terakhir yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Hospital, Kuala Terengganu telah dibenarkan pulang pada 8 Julai lalu.

“Tiada pelajar yang menangguhkan pengajian meskipun ada yang masih dalam proses pemulihan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Bukit Nangka, di sini hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan seramai 15 penuntut UPSI maut selepas bas sewa khas yang dinaiki dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim terlibat dalam kemalangan di Gerik pada 9 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI