fbpx

‘Ibu kongsi foto, 30 minit kemudian polis beritahu helikopter terhempas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Hariz Akmal Mohd. Jais menunjukkan gambar 'selfie' yang diambil ibunya di dalam helikopter beberapa minit sebelum ia berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang, kelmarin.

JOHOR BAHRU – Anggota polis, Sarjan Siti Latipa Khairuddin yang terbabit dalam nahas helikopter terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah kelmarin memaklumkan dia begitu teruja untuk menaiki pengangkutan udara tersebut.

Anak bongsunya, Mohamad Hariz Akmal Mohd. Jais, 21, berkata, ibunya memaklumkan perkara itu beberapa hari sebelum nahas tersebut berlaku.

Katanya, itu adalah kali pertama ibunya yang berusia 54 tahun menaiki helikopter selepas berkhidmat sebagai anggota polis sejak bujang.

“Ibu ada beritahu akan naik helikopter dalam program tersebut. Dia sangat teruja kerana pertama kali menaiki helikopter.

“Ibu juga sempat berkongsi gambar dia duduk dalam helikopter dalam kumpulan WhatsApp keluarga sebelum helikopter tersebut berlepas,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Menurut penuntut Politeknik Ibrahim Sultan itu, keluarganya menerima perkhabaran mengenai kejadian helikopter terhempas kira-kira 30 minit kemudian.

“Setengah jam kemudian (selepas kongsi gambar), kediaman kami di Kuarters Balai Polis Tanjung Kupang diketuk sebelum seorang anggota polis memaklumkan helikopter dinaiki ibu telah terhempas.

“Ketika itu kami terdiam kerana rasa terkejut, tidak sangka perkara seperti itu boleh berlaku sebelum bergegas ke hospital,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI