fbpx

F1: Fokus Verstappen tidak terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HORNER (kiri) terpaksa meninggalkan Red Bull apabila dipecat kelmarin selepas 20 tahun berkhidmat bersama pasukan itu sekali gus menamatkan kerjasamanya bersama Verstappen. - AFP

MILTON KEYNES – Tidak ada sebarang perubahan daripada kem pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen meskipun ketua pasukan, Christian Horner tidak lagi bersama pasukan itu selepas dipecat.

Raymond Vermeulen yang merupakan pengurus kepada Verstappen berkata, juara dunia empat kali itu hanya mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap aksi di dalam litar dan tidak terjejas dengan pemecatan Horner.

Meskipun ada desas-desus yang mendakwa pelumba Belanda itu sedia untuk beralih angin dengan menyertai Mercedes, namun pihaknya memberi jaminan tidak akan ada sebarang perubahan bakal dibuat.

“Kami diberitahu lebih awal oleh pihak pengurusan Red Bull bahawa keputusan (memecat Horner) sudah dibuat. Sekarang terpulang kepada Red Bull untuk memberi penjelasan lanjut berhubung perkara ini.

“Kami hanya mahu memberikan sepenuh fokus dari sudut sukan dan sedia untuk kembali ke prestasi terbaik. Menerusi kenyataan ini, tidak ada sebarang perubahan daripada pihak kami,” ujar Vermeulen.

Terdahulu, arena Formula Satu (F1) digemparkan dengan pemecatan Horner yang sudah berkhidmat selama 20 tahun bersama pasukan itu dan difahamkan, ia berpunca daripada aksi tidak menentu musim ini.

Red Bull turut mengumumkan bos Racing Bulls, Laurent Mekies akan mengambil alih tugas yang ditinggalkan Horner selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Red Bull Racing berkuatkuasa serta-merta. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI