fbpx
AZRUL AZHAR menunjukkan video yang merakam kelibat harimau belang di Jalan Gua Musang-Kuala Berang berhampiran Kampung Sungai Relai, Gua Musang. – AIMUNI TUAN LAH

Penduduk ketakutan harimau merayau dalam kebun getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Kemunculan seekor harimau belang membuatkan hampir 1,000 penduduk Kampung Sungai Relai di sini bimbang mengenai keselamatan mereka yang mungkin diancam binatang buas berkenaan.

Pak belang itu dikatakan melintas di jalan utama Gua Musang-Kuala Berang dan berkeliaran di kawasan kebun getah penduduk.

Seorang penduduk, Azrul Azhar, 39, berkata, kelibat harimau belang itu dilihat dua hari lalu hingga meresahkan pekerja kebun getah dan ladang.

Katanya, sebelum ini penduduk sering berdepan dengan gangguan gajah liar dan harimau kumbang.

“Saya menerima video yang sempat dirakam penduduk semalam (kelmarin) dan dapat melihat kelibat harimau itu sedang melintas jalan.

“Kejadian itu merupakan kali pertama yang berlaku di kawasan tersebut dan lebih membimbangkan ia dipercayai masih berkeliaran di kawasan kampung. Penduduk di sini perlu lebih berhati-hati ketika keluar menoreh di kebun atau keluar bekerja di ladang,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Relai di sini semalam.

Menurut Azrul, pada hari yang sama, seorang penduduk yang sedang menoreh getah turut dikejar haiwan liar itu.

Seorang lagi penduduk, Mustapa Yaacob, 52, pula berkata, dia berharap tindakan segera dapat diambil kerana penduduk kini bimbang dengan keselamatan diri.

Katanya, penduduk takut untuk ke kebun menoreh seorang diri dan keluar secara berkumpulan sejak beberapa hari lalu.

“Kejadian harimau belang melintas jalan hanya tiga kilo­meter dari kedai saya dan ini membimbangkan penduduk di sini untuk keluar menoreh getah.

“Saya berharap tindakan segera dapat mengambil tindakan segera termasuk membuat pemantauan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN