JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam tertidur di dalam tandas sebuah masjid, lapor portal berita Lambe Turah.
Kanak-kanak itu dikenali sebagai Ucup.
Rakaman kejadian dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah memaparkan Ucup tidur dalam keadaan terduduk dengan pintu dikunci.
Malah, dia tertidur sebelum mengambil wuduk untuk menunaikan solat Jumaat.
Meskipun pintu tandas diketuk berulang kali, dia masih tidur dengan nyenak.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Ucup penat menjaga bumi,” kata seorang netizen.
“Nyenyak sangat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI