fbpx

Jurulatih berbasikal didakwa amang seksual pelatih remaja perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Effandy ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini.

AMPANG – Seorang jurulatih berbasikal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja yang juga pelatih berbasikal di sebuah stor tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Nor Effandy Rosli, 58, yang juga bekas pelumba basikal lebuh raya negara mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.

Nor Effandy didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 15 tahun ketika kejadian di stor simpanan basikal di Taman Desa Keramat di sini pukul 6 petang pad Jun 2024.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie menawarkan jaminan RM15,000 berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis.

Peguam Hamdan Hamzah bagaimanapun memohon jumlah jaminan itu dikurangkan kerana anak guamnya penanggung utama keluarga dan isterinya tidak bekerja.

“Tertuduh bukan seorang flight risk (berisko melarikan diri) dan hari ini tertuduh datang sendiri ke mahkamah yang mana sebelum ini dia telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan dijalankan,” katanya.

Katanya, anak guamnya kini bekerja sebagai pembantu penguatkuasa di sebuah agensi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Hakim Norshila kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis setiap bulan dan pasport menyerahkan pasport kepada mahkamah.

“Tertuduh juga dilarang mengganggu atau menghubungi mangsa,” katanya. Mahkamah menetapkan 1 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Untuk rekod, Nor Effandy pernah mewakili Malaysia dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) selama 10 tahun berturut-turut dari 1996 hingga 2005 selain pemegang pingat perak Sukan Komanwel 1998 acara 184 kilometer. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI