fbpx

20 tahun penjara, P. Diddy bersalah dua tuduhan pelacuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
P. DIDDY berdepan hukuman 20 tahun penjara jika disabitkan bersalah sepenuhnya agtas dua pertuduhan pelacuran yang kini masih dalam perbicaraan.

KEHIDUPAN mewah dan glamor yang sinonim dengan penyanyi rap terkenal, P. Diddy kini bertukar menjadi detik gelap apabila didapati bersalah atas dua tuduhan pelacuran berkaitan bekas teman wanitanya, Cassie Ventura dan seorang wanita dikenali sebagai Jane.

Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat bagaimanapun dibebaskan daripada tiga pertuduhan lebih serius iaitu pemerdagangan seks terhadap dua individu dan konspirasi jenayah terancang.

Mahkamah juga menolak permohonan ikat jamin P. Diddy, 55, sekali gus mengheret penyanyi I’ll Be Missing You itu ke Pusat Tahanan Metropolitan di Brooklyn, Amerika Syarikat sementara menunggu hukuman.

Hakim Arun Subramanian membuat keputusan selepas pihak pendakwaan membangkitkan risiko P. Diddy melarikan diri serta kemungkinan mengganggu saksi-saksi penting dalam kes berprofil tinggi tersebut.

Diddy turut berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun, iaitu 10 tahun bagi setiap pertuduhan, jika disabitkan sepenuhnya.

Perbicaraan selama tujuh minggu mendedahkan dakwaan bahawa P. Diddy memaksa dua bekas pasangan romantiknya iaitu penyanyi R&B, Cassie Ventura, menyertai aktiviti seksual ekstrem dikenali sebagai ‘Freak Offs’ bersama pekerja seks lelaki, sambil dia bertindak menonton dan merakam perlakuan tersebut.

Walaupun pihak pembelaan mengakui terdapat unsur keganasan dalam hubungan peribadi P. Diddy, mereka menegaskan segala aktiviti seksual yang berlaku adalah atas dasar suka sama suka.

Sebelum ini, selebriti kontroversi itu dilaporkan mengalami masalah depresi susulan penahanannya sejak September 2024.

Sumber dalaman turut mendedahkan bahawa dia telah menjalani rawatan khusus bagi mengurangkan tekanan dan memantau tahap kesihatan mentalnya.

P. Diddy dijangka akan mengemukakan rayuan terhadap sabitan tersebut selepas hukuman dijatuhkan nanti.

Pada 16 September lalu, P. Diddy ditahan pihak polis di sebuah hotel di Manhattan. Susulan penahanan tersebut ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa perbuatan kejinya termasuk, Justin Bieber, Usher, Jaden Smith dan Meek Mill. Diddy bagaimanapun tidak mengaku atas semua tuduhan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI