fbpx

Kadang bukan tak bagus, tapi tempat kerja yang ‘bertoksik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Kadang-kadang, bukan kerana kita tak cukup bagus, tapi tempat kerja dipenuhi sikap toksik.”

Itu antara perkongsian Public Health Malaysia (PHM) mengenai persekitaran tidak sihat yang berlaku dalam sesebuah organisasi dan berselindung di sebalik kepercayaan bos.

Oleh itu, PHM menyarankan supaya individu yang terkesan dengan keadaan sedemikian, tidak menjadi sebahagian daripada mereka yang ‘bertoksik’.

“Lebih menyedihkan, semua ini dilindungi, bukan ditegur. Jaga diri, jaga hati. Kalau kita tak mampu ubah persekitaran, pastikan kita bukan sebahagian darinya.

“Semoga kita dijauhi daripada sikap begini, walau macam mana tinggi pun kedudukan kita,” kata PHM menerusi media sosial, hari ini.

Hantaran berkenaan meraih pelbagai respons orang ramai termasuk mereka yang meluahkan turut berdepan situasi sama di tempat kerja.

“Sakaratulmaut maha dahsyatnya. Walau aku pemimpin, aku amat takut dengan dosa. Sayang semua di bawah pimpinan. Bimbing dan urus yang di bawah dengan baik,” ujar @Oli Osmimi Othman.

“Tak mampu ubah persekitaran dan tak nak jadi sebahagian daripadanya, tapi ni la yang akhirnya terhimpit selalu,” luah @Raja Shahila Raja Mohamad.

“Kadang ada juga spesis dia nak kawal semua benda. Bila tak berjaya, dituduh orang lain itu toksik. Orang macam ini kategori manipulator,” komen @Rozie Hamdan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI