KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak menemui ajal dalam keadaan tragis manakala seorang lagi parah apabila bot penyelamat yang mereka naiki terjunam dari ketinggian kira-kira 20 meter ke dalam laut ketika hendak melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kelmarin. Kejadian pada pukul 12.50 tengah hari di Platform Sepat berhampiran perairan Terengganu-Kelantan itu berlaku apabila tali penyangkut yang dipasang pada bot tersebut terlucut menyebabkan kesemuanya terjatuh. Mereka yang maut ialah Ahmad Fiqri Zakaria, 38, Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dan Nik Muhammad…














