fbpx
Gambar hiasan, JANAAN AI.

‘Friendship perempuan toksik? Depan peluk, belakang kutuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Bukan main toksik friendship (persahabatan) perempuan, depan-depan bersayang bagai, berpeluk sakan. Tapi di belakang, sakan mengutuk”

Itu pandangan seorang lelaki mengenai hubungan persahabatan kaum perempuan yang disifatkan sebagai toksik.

Menggunakan profil @Iqbalnick di media sosial lelaki itu berkata, disebabkan keadaan itu maka tidak hairanlah ramai perempuan lebih suka berkawan dengan lelaki.

“Kenapa? Sekarang baru aku tahu kenapa perempuan lebih suka berkawan dengan lelaki,” ujarnya.

Hantarannya itu meraih perhatian orang ramai yang meninggalkan pelbagai komen terutamanya kaum wanita.

“Pernah merasai. Sekarang saya berkawan baik dengan suami dan anak-anak. Marah dekat anak-anak, mereka tetap setia mencari saya,” ujar @Anna Amri.

“Sebab tu lah aku tak ada kawan rapat. Keluar sama boleh, tapi berkongsi cerita tidak kot. Sendiri lebih baik,” komen @Eykaa.

“Saya suka sendiri sebab dah lama tahu sikap masing-masing, asyik nak gosip, kita sendiri pun dia orang gosip,” dedah @Roziah Johari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN