fbpx

Pegawai JPN Sabah gagal kendali kes, lewat proses permohonan IC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati seorang pegawai penyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah gagal mengendalikan kes sehingga menyebabkan kelewatan permohonan kad pengenalan.

EAIC dalam kenyataan berkata, kelewatan itu menunjukkan kegagalan melaksanakan tugasan dengan sewajarnya serta mengambil masa lama untuk memulakan siasatan dan ketidakcekapan dalam pengurusan kes.

“Tindakan ini juga adalah tidak selaras dengan Kod Etika JPN yang menetapkan komitmen tinggi dan sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas, bertanggungjawab dan gigih dalam setiap pekerjaan dilakukan selain menjamin kualiti.

“Sehubungan itu, EAIC memutuskan merujuk hasil siasatan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib JPN dengan syor hukuman tatatertib terhadap pegawai-pegawai terbabit.

“Ia dibuat bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 susulan kesalahan kurang cekap sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 4(2)(e) peraturan yang sama,” katanya hari ini.

Terdahulu, EAIC menerima aduan terhadap pegawai JPN Sabah yang didakwa tidak mengambil tindakan sewajarnya berkaitan permohonan kad pengenalan baru anak pengadu.

Susulan itu, EAIC mengesyorkan JPN mengemaskini prosedur kerja dengan memasukkan ketetapan berkaitan tempoh masa yang jelas dalam menjalankan siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI