fbpx
Ahmad Zahid ketika hadir di Majlis Perhimpunan Bulan Julai KKDW di Putrajaya, hari ini.

Draf pindaan Akta Orang Asli dibentang di Parlimen Mac 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Draf pindaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) akan dibentang di Parlimen pada Mac 2026.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, draf pindaan tersebut akan dimuktamadkan selewat-lewatnya September ini.

“Setelah sekian lama diperjuangkan, kita kini berada di fasa akhir penyediaan draf pindaan Akta 134 yang menyentuh pemilikan tanah masyarakat Orang Asli,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulan Julai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini hari ini.

Pada 12 Mac lalu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, pindaan itu bertujuan menambah baik beberapa perkara termasuk isu tanah, infrastruktur, pendidikan, perumahan dan ekonomi masyarakat Orang Asli.

Katanya, sesi libat urus mengenai pindaan akta tersebut turut melibatkan Tok Batin dan pimpinan Orang Asli serta para intelektual. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN