PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail dalam satu pertemuan rasmi di Johor.
Mohd. Khalid yang dilantik sebagai KPN ke-15 pada 23 Jun lalu menghadap Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pertemuan yang berlangsung di Johor Bahru.
Turut hadir Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar.
Pelantikan Mohd Khalid adalah bagi menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan.
Pertemuan itu merupakan kunjungan hormat rasmi pertama beliau kepada Seri Paduka Baginda sejak dilantik menerajui PDRM. – KOSMO! ONLINE