fbpx

Tak berbaloi, rasa macam nak jual balik kereta – Pemandu e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar bayaran upah e-hailing yang diterima pemandu sekitar Lembah Klang.

PETALING JAYA – Seorang pemandu e-hailing meluahkan rasa kesal membeli kereta baru apabila bayaran upah yang rendah dan tidak berbaloi.

Menerusi hantaran di Facebook, pengguna terbabit berkongsikan tangkap layar bayaran yang diterima melalui aplikasi terbabit.

Kelihatan anggaran bayaran yang diterima sekitar RM5 hingga RM8 bagi setiap perjalanan di sekitar Lembah Klang.

Pengguna tersebut mengeluh kerana keputusan membeli kereta baru kerana menganggap akan memperoleh sekitar RM300 hingga RM700 sehari.

“Beli kereta baru sebab nak buat grab, tengok orang post dapat RM300 hingga 700 sehari.

“Sekali bila aku dah buat, harga ‘job’ macam Foodpanda hantar makan naik basikal je. Rasa macam nak jual balik kereta ni,” luahnya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai pemandu e-hailing yang merungut perkara yang sama berkenaan bayaran upah yang rendah sejak kebelakangan ini.

“Memang macam inilah norma kita sebagai pemandu e-hailing. Bayaran murah tiap hari kadang memang rasa tak berbaloi,” kata Zakaria.

“Memang rasa bayaran e-hailing sangat murah tak berbaloi dengan jarak perjalanan kita,” kata Amir.

“Jual jelah kereta tu, memang tak berbaloi buat e-hailing guna kereta baru. Tak balik modal,” kata Siti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI