fbpx

Tidak terima tetamu lagi, beri ruang ibu bapa rehat – Abang Nurly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan yang dikeluarkan keluarga Allahyarham Nurly bahawa tidak menerima sebarang pelawat buat sementara waktu.

PETALING JAYA – Keluarga Allahyarham Nurly Shahirah Azman, 23, salah seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Gerik, Perak, 9 Jun lalu, memberitahu tidak akan menerima sebarang pelawat sehinga Sabtu depan.

Perkara tersebut disahkan abang kepada Allahyarham menerusi satu hantaran di Facebook, Mohd Najmuddin Azman, 28, berkata perkara tersebut bertujuan memberi ruang kepada keluarga khususnya buat kedua ibu bapa arwah yang tidak mendapat rehat yang mencukupi sejak kehilangan anak tercinta.

“Bagi peluang umi abah saya berehat seketika. Dari awal kematian sehingga sekarang belum rehat sepenuhnya. Insha Allah ada rezeki boleh datang ziarah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Maklumat tersebut turut dikongsi seorang pengguna media sosial memaklumkan keluarga Allahyarham Nurly tidak akan menerima sebarang tetamu bermula 2 sehingga 5 Julai.

Katanya, kediaman keluarga arwah juga ditutup sementara kepada orang ramai yang ingin menziarahi.

“Pihak keluarga Allayarham Nurly Sahirah tidak menerima tetamu bermula 2 Julai bersamaan hari Rabu sehingga 5 Julai, Sabtu.

“Rumah keluarganya juga ditutup kepada umum. Harap dapat kerjasama sepenuhnya,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan abang kepada Allahyarham Nurly Shahirah Azman, 23, salah seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Gerik, Perak, 9 Jun lalu, menegur tindakan segelintir individu yang menziarahi pusara adiknya.

Mohd Najmuddin Azman, 28, menegaskan, tindakan mencium al-Quran yang ditulis semula Allahyarham boleh menimbulkan kekeliruan dalam akidah, walaupun mungkin niat asal hanya untuk mengambil berkat.

Sebelum ini, kubur pelajar UPSI itu tidak putus dikunjungi orang ramai, malah rumah keluarga arwah juga menjadi tumpuan pengunjung berziarah.

Kosmo! turut melaporkan seramai 15 pelajar UPSI maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar universiti itu dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak, 9 Jun lalu.

Selain Nurly Shahirah, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 1.10 pagi itu turut meragut nyawa
14 orang penuntut universiti berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI