fbpx

Bantuan segera disalurkan kepada mangsa kebakaran Bagan Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi. - Foto FB Zahid Hamidi

PETALING JAYA – Bantuan segera akan disalurkan dan setiap mangsa kebakaran rumah dan premis di Kampung Bagan Pasir Laut, Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak pagi tadi akan diberi perhatian serta sokongan yang sewajarnya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pegawai dari pejabatnya telah segera turun padang untuk menyantuni semua keluarga yang terjejas.

“Insya-Allah, bantuan segera akan disalurkan dan setiap mangsa akan diberi perhatian serta sokongan yang sewajarnya.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan bomba, anggota keselamatan dan para sukarelawan yang bertungkus-lumus mengawal keadaan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook tadi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan pantas dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan amat dihargai.

“Doa saya bersama semua mangsa. Semoga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang berat ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 23 buah premis termasuk rumah, kedai makan dan tokong musnah terbakar dalam kebakaran besar di Bagan Pasir Laut, Hutan Melintang, Perak awal pagi tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI