fbpx
TAMAN Tema B. Duck bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah orang dewasa.

Taman tema B. Duck pertama di Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGI sesetengah individu, cuti hujung minggu menjadi lebih bermakna apabila dihabiskan dengan mengunjungi lokasi menarik di ibu kota Kuala Lumpur.

Antara lokasi pilihan adalah taman tema dalaman atau indoor theme park, khususnya yang mesra keluarga dan sesuai dengan pelbagai peringkat umur.

Terbaharu, taman tema yang menampilkan watak itik kuning comel dari Hong Kong telah dibuka di Malaysia dengan menampilkan pelbagai ruang interaktif menarik.

Taman Tema B. Duck City Fun (B. Duck) membuka pintunya kepada orang ramai di pusat beli-belah Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula sekarang hingga 31 Oktober depan.

Biarpun lebih popular dalam kalangan kanak-kanak, taman tema itu terbuka kepada semua peringkat umur.

WATAK itik kuning comel cukup sinonim dengan Taman Tema B. Duck.

Ketua Pegawai Eksekutif Runcit Pavilion Kuala Lumpur Sdn. Bhd., Datuk Joyce Yap berkata, pembukaan taman tema tersebut adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.

“Kehadiran Taman Tema B. Duck ini adalah yang pertama di Asia Tenggara.

“B. Duck bukan sekadar hiburan untuk kanak-kanak, bahkan ia menawarkan pengalaman ceria dan menyeronokkan yang boleh dinikmati oleh semua peringkat usia.

“Tambahan pula, taman tema ini menjadikan Pavilion Bukit Jalil sebagai destinasi wajib kunjung buat mereka yang mencari tarikan unik dan menarik di dalam bandar,” katanya.

Taman tema itu menampilkan 10 rides atau tunggangan yang sesuai buat semua peringkat umur.

Misalnya, Zon Windmill Trampoline menawarkan ruangan penuh ceria yang membolehkan pengunjung melompat di atas trampolin, manakala Zon Bathroom Battle pula direka buat penunjung yang mahu merasai sendiri pengalaman mandi dalam tab mandian ikonik karakter B. Duck.

SALAH satu rides yang ditawarkan di Taman Tema B. Duck, Pavilion Bukit Jalil, Kuala lumpur.

Salah satu ruangan paling ‘instagrammable’ adalah sudut pelampung B. Duck bersaiz gergasi yang sesuai buat seisi keluarga merakam momen berharga bersama.

Sementara itu, salah seorang pengunjung yang hanya dikenali sebagai Sul Pei berkata, anaknya amat menyukai semua tunggangan yang sempat dicuba oleh mereka di taman tema.

“Terdapat banyak tunggangan di taman tema ini yang bagi saya direka dengan sangat cantik. 

“Anak lelaki saya amat menyukai kesemua tunggangan yang kami cuba.

“Namun, kami tidak berpeluang mencuba kesemua tunggangan yang ada memandangkan anak saya sudah keletihan. 

“Apa pun, semuanya cukup seronok dan saya amat menyarankan orang ramai untuk mencubanya bersama keluarga,” katanya.

Taman tema tersebut dibuka pada setiap hari bekerja (kecuali Selasa) bermula pukul 2 petang hingga 10 malam. Sementara pada setiap Jumaat hingga Ahad, ia dibuka dari pukul 11 pagi hingga 10 malam. Tiket masuk dijual menerusi aplikasi Klook pada harga bermula RM54 seorang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN