fbpx

MotoGP: Semangat Marquez masih kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ berazam untuk memberikan aksi terbaik di GP Belanda biarpun terlibat dalam dua kemalangan pada sesi latihan. - AFP

ASSEN – Pelumba Ducati, Marc Marquez mengakui badannya tidak berada dalam keadaan baik selepas dua kali terjatuh pada sesi latihan menjelang Grand Prix (GP) Belanda kelmarin, selain menyalahkan batu kerikil besar di Litar Assen sebagai punca kesakitan dialaminya.

Marquez terlibat dalam kemalangan pertama di selekoh 15 ketika sesi ujian pertama, apabila terpelanting sewaktu memperlahankan jentera menuju selekoh terakhir menyebabkan berlaku hentakan pada tangan dan siku kiri, namun kembali ke trek dan menamatkan sesi sebagai pelumba terpantas.

Bagaimanapun, nasib malang berulang ketika sesi latihan kedua apabila juara dunia enam kali itu tergelincir di selekoh tujuh lalu terseret jauh dalam zon batu kerikil sebelum dibawa ke pusat perubatan.

“Dua kemalangan ketika jentera memecut bukan hari yang mudah untuk tubuh saya. Tapi, saya bernasib baik kerana tiada kecederaan serius,” kata Marquez yang dibenarkan beraksi semula malam ini.

Menurutnya, saiz batu kerikil di Assen menyumbang kepada kesakitan yang dialaminya terutamanya di bahagian muka, siku, perut dan jari.

“Saya tergelincir dengan muka terseret di atas batu kerikil besar dan ia betul-betul menyakitkan. Bahagian badan terasa perit termasuk perut dan bahagian lain,” katanya.

Marquez menjelaskan kemalangan pertama berpunca daripada tayar depan yang licin sejak keluar dari pit, manakala insiden kedua berlaku kerana dia terpaksa menggunakan tayar yang sama disebabkan had peruntukan tayar hujung minggu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI