fbpx
DANISH memiliki pengalaman dan momen istimewa di Jerez sekali gus melonjakkan semangatnya beraksi pada GP Sepanyol hujung minggu ini. - FB ZK RACING

Danish idam kejutan di GP Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA Moto3 negara, Hakim Danish Ramli menyuarakan harapan untuk mengulangi pencapaian cemerlang menjelang Grand Prix (GP) Sepanyol yang akan berlangsung di Litar Jerez hujung minggu ini.

Litar berkenaan bukanlah asing buat pelumba berusia 18 tahun itu memandangkan dia pernah menaiki podium sebanyak dua kali berturut-turut ketika beraksi dalam kejuaraan MotoGP Rookies Cup.

Selepas memanfaatkan rehat selama tiga minggu dengan menjalani latihan intensif, terutamanya dari segi fizikal termasuk melakukan latihan berbasikal selain memberikan fokus terhadap stamina.

“Selepas berehat selama tiga minggu, ini adalah minggu perlumbaan untuk pusingan keempat di Jerez. Sudah tentu saya tidak sabar untuk kembali beraksi kerana rasa cukup bersemangat untuk perlumbaan minggu ini.

“Sebaik sahaja GP Amerika Syarikat tamat, saya memilih kekal berada di Sepanyol selama tiga minggu untuk menjalani latihan jentera, berbasikal serta berlari bersama pelumba-pelumba lain,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Walaupun sedar dengan ancaman pelumba-pelumba lain, namun pelumba kelahiran Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu itu tetap yakin memandangkan Jerez merupakan salah satu litar kegemarannya.

Justeru, dia sedia memanfaatkan segala pengalaman beraksi di litar tersebut dengan menampilkan tunggangan terbaik bagi mengulangi pencapaian podium seperti dilakukan dalam saingan Rookies Cup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN