fbpx

Industri nanas rugi RM13.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSEPH KURUP (tengah) merasmikan Seminar Nanas Antarabangsa 2025 di Hotel Thistle Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Industri nanas tempatan telah mengalami kerugian berjumlah RM13.4 juta sejak 2021 hingga 2024 akibat kerosakan disebabkan bencana alam susulan kejadian cuaca ekstrem seperti banjir kilat dan kemarau panjang

Timbalan Menteri dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup bagaimanapun berkata, jumlah kerugian telah berjaya dikurangkan dari setahun ke setahun oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB).

“Kerugian industri nanas pada tahun 2021 adalah sebanyak RM7 juta, manakala kerugian pada 2024 telah berkurangan sehingga RM1.02 juta sahaja.

“Pengurangan jumlah kerugian ini adalah bukti bahawa inisiatif diambil MPIB berjaya dan membuahkan hasil, sekaligus meningkat manfaat kepada pengusaha tanaman nanas tempatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Industri Nanas Antarabangsa 2025 di Hotel Thistle, di sini hari ini.

Tambah Arthur, pendekatan baharu yang lebih proaktif perlu diadaptasi bagi menghadapi cabaran antaranya melaluinya sistem pengairan dan pembentungan cekap, pembangunan data menyeluruh menerusi banci nanas dan pengadaptasian teknologi seperti pendigitalan, internet kebendaan (lot) selain pengunaan dron serta tenaga solar.

“Usaha ini membolehkan negara mengekalkan pengeluaran nanas yang mampan, melindungi pendapatan pekebun sekaligus menjamin bekalan nanas berkualiti untuk pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI