fbpx

Mayat tanpa identiti terapung di tengah Tasik Danau Kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat yang ditemui terapung di tengah-tengah Tasik Danau Kota, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Tasik Danau Kota, di sini, pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.16 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba, terdapat seorang mayat lelaki dewasa identiti belum dikenal pasti terapung di tengah tasik.

“Anggota operasi menggunakan tali dan stretcher bagi menaikkan mangsa ke tebing tasik. Mayat berjaya dibawa naik pada pukul 8.56 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat tersebut seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan pengunjung dikejutkan dengan penemuan mayat itu yang sedang terapung di tengah-tengah tasik ketika melakukan aktiviti riadah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti mayat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI