fbpx

CWC: Delap sandaran robek gawang Benfica

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DELAP (tengah) berjaya meledak satu gol ketika Chelsea menewaskan Esperance 3-0 sebelum ini. - AFP

CHARLOTTE – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca tetap menghormati kualiti dimiliki Benfica yang bakal menjadi lawan mereka pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia Kelab di Stadium Bank of America pada Ahad ini.

Maresca menjelaskan kelab Portugal itu sudah terbukti mampu mencipta kejutan selepas menewaskan gergasi Jerman, Bayern Munich 1-0 untuk meneruskan saingan sebagai juara Kumpulan C.

“Kami mengenali Benfica sebagai pasukan yang memiliki kualiti, pengurus dan pemain yang hebat. Sudah pasti mereka tidak akan memberikan laluan mudah dan akan menghadirkan cabaran sukar buat kami.

“Namun, buat masa ini kami juga muncul sebagai 32 pasukan terbaik kejohanan dan tiada apa lagi yang kami harapkan kecuali mahu meneruskan saingan ke suku akhir,” kata Maresca.

Bagaimanapun, Maresca lega untuk menyaksikan perkembangan penyerang baharunya, Liam Delap selepas mula menyertai The Blues termasuk meledak satu gol ketika menewaskan Esperance Tunis 3-0.

Maresca menjelaskan agak sukar buatnya untuk mengekalkan barisan sama dalam setiap perlawanan memandangkan pasukannya terpaksa bermain setiap tiga hari dalam keadaan cuaca panas.

“Agak mustahil untuk tidak melakukan penggiliran pemain kerana kami bermain setiap tiga hari dan pastinya adalah sukar untuk mereka bermain dalam setiap perlawanan.

“Kami sudah merehatkan ramai pemain dan itu adalah bagus buat mereka,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI