SEPANG- Polis sekali lagi menjelaskan tiada bukti dan kesan rogol ditemui pada mayat seorang wanita yang ditemui maut di Cyberjaya, di sini awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman memaklumkan perkara itu susulan ada dakwaan dan laporan berita mengaitkan kononnya mangsa terlebih dahulu dirogol sebelum dibunuh.
“Disahkan tiada kejadian rogol,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini, ada laporan berita menyatakan bahawa mangsa ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan ada kesan cecair pada tuala.
Selain itu, Norhizam turut mengesahkan bahawa unit kediaman di Cyberjaya yang didiami mangsa telah disediakan oleh pihak universiti.- KOSMO! ONLINE