fbpx

Kekayaan bilionair meroket lebih RM27 trilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengasas Amazon, Jeff Bezos adalah antara individu terkaya di dunia. - AFP

LONDON – Kekayaan 3,000 bilionair di seluruh dunia melonjak AS$6.5 trilion (RM27.4 trilion) sepanjang dekad lalu, demikian menurut pertubuhan kebajikan Oxfam seperti laporan akhbar Guardian kelmarin.

Peningkatan tersebut bersamaan 14.6 peratus pengeluaran global.

Secara keseluruhan, kelompok satu peratus penduduk dunia paling kaya itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$33.9 trilion (RM143 trilion).

Menurut Oxfam, angka itu sudah cukup untuk membasmi kemiskinan global sebanyak 22 kali.

Di Britain pula, bilangan bilionair berkembang pesat daripada 15 orang pada 1990 kepada 165 pada 2024, demikian menurut angka berasingan daripada Equality Trust.

“Bilionair membayar kadar cukai cuma hampir 0.3 peratus daripada kekayaan mereka, jauh di bawah purata sumbangan pekerja biasa,” kata Oxfam.

Badan amal itu menyeru Britain bekerjasama dengan negara-negara lain untuk memerangi ‘ketidaksamaan melampau’, dengan kekayaan swasta berkembang lapan kali ganda lebih cepat berbanding kekayaan bersih kerajaan antara tahun 1995 hingga 2023.

“Kerajaan perlu mengenakan cukai lebih adil bagi wang bertrilion-trilion dolar disimpan dalam akaun bank milik individu-individu paling kaya,” tambahnya.

Tahun lepas Sepanyol, Brazil, Jerman dan Afrika Selatan menandatangani usul pada sidang kemuncak negara-negara Kumpulan 20 (G20) untuk mengenakan cukai minimum dua peratus ke atas golongan kaya raya bagi mengurangkan ketidaksamaan dan mengumpul dana awam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI