fbpx

Perang 12 hari berakhir – Presiden Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH penduduk meraikan gencatan senjata antara Iran dengan Israel di Tehran semalam. - Foto AFP

TEHRAN  – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian mengumumkan berakhirnya perang 12 hari selepas Israel menyerang negaranya pada 13 Jun lalu, lapor agensi berita rasmi, IRNA hari ini.

“Hari ini, selepas penentangan berani negara kita beserta keazamannya mencipta sejarah, kita menyaksikan kewujudan gencatan senjata dan berakhirnya perang 12 hari yang disebabkan oleh provokasi Israel,” kata Pezeshkian.

Semalam, Iran dan Israel bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata bagi menamatkan perang selama 12 hari yang bermula pada 13 Jun lalu.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyertai konflik itu apabila pesawat pengebom Washington mengebom tiga kemudahan nuklear Iran pada Ahad lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Iran, sekurang-kurangnya 610 orang awam dan lebih 4,700 lagi cedera dalam serangan Israel, manakala angka rasmi Rejim Zionis menyebut 28 orang maut akibat serangan Tehran. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI