fbpx

CWC: Chelsea sahkan kemaraan ke pusingan kalah mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DELAP meledak gol kedua Chelsea ketika pasukan itu membenam cabaran ES Tunis untuk mara ke pusingan kalah mati. - AFP

PHILADELPHIA – Chelsea mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati pada saingan Piala Dunia Kelab (CWC) 2025 selaku naib juara Kumpulan D selepas membenam ES Tunis 3-0 di Stadium Lincoln Financial Field pagi semalam.

Meskipun hanya memerlukan keputusan seri, namun The Blues langsung tidak mengendurkan intensiti permainan apabila melakukan asakan sejak minit pertama ke arah kubu pertahanan kelab Tunisia itu.

Kerja keras skuad kendalian Enzo Maresca itu membuahkan hasil apabila mereka berjaya memecah kebuntuan dengan menjaringkan tiga gol menerusi Tosin Adarabioyo, Liam Delap dan Tyrique George.

Lebih menarik, Delap yang menyertai Chelsea dari Ipswich Town awal bulan ini meledak gol pertama buat pasukan baharunya itu menerusi gol yang cukup menarik selepas menerima hantaran daripada Enzo Fernandez.

“Bagi saya, satu perasaan yang cukup hebat dapat menjaringkan gol pertama buat pasukan. Bagaimanapun, apa yang paling penting adalah kami mencatat kemenangan dan melangkah ke pusingan seterusnya.

“Saya tidak percaya dengan sumpahan No.9 dalam pasukan ini kerana ia sekadar angka. Sebagai pemain, saya perlu meletakkan sepenuh keyakinan kepada kemampuan diri dan menolak kepercayaan seperti itu,” kata Delap.

Selaku naib juara kumpulan, Chelsea dijadualkan bertemu Benfica yang merupakan juara Kumpulan C di pusingan 16 terbaik selepas pasukan Portugal itu mengejutkan Bayern Munich dengan kemenangan tipis 1-0. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI