fbpx

Pekebun kecil rugi RM239,804 terperdaya skim pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang pekebun kecil mengalami kerugian sebanyak RM239,804 selepas terperdaya dengan skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian di Bentong itu bermula pada 24 Jun lalu selepas mangsa yang merupakan lelaki berusia 37 tahun diperdaya seorang individu yang memperkenalkan satu pelaburan melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa kemudiannya diberikan satu pautan laman web untuk melabur dan suspek telah menjanjikan keuntungan yang lumayan.

“Mangsa kemudiannya membuat 41 transaksi ke 19 akaun bank berbeza daripada 22 Mac 2025 hingga 16 Jun 2025,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati tiada sebarang pulangan seperti yang dijanjikan.

Katanya berdasarkan sisatan awal polis mendapati sumber kewangan mangsa adalah wang simpanan serta pinjaman daripada abangnya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket Pelaburan tidak wujud.

“Orang ramai diingatkan jangan mudah terpengaruh dengan Skim Pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI