PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di sembilan negeri di Malaysia sehingga 6 petang ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia di Facebook, cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Perlis dan sebahagian daerah Kedah di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.
“Cuaca buruk di negeri Pahang berlaku di Dungun dan Kemaman. Manakala di Pahang pula di daerah Rompin.
“Di Negeri Sembilan dijangka berlaku di daerah Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin. Selain itu, cuaca buruk di seluruh negeri Melaka dan Johor,” katanya.
Sarawak pula turut mengalami angin kencang di Kuching, Serian, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Miri (Beluru).
Sementara itu, di Sabah juga terdapat beberapa tempat yang dijangka terjejas adalah Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran). – KOSMO! ONLINE