fbpx

Ibu kandung, bapa tiri didawa cucuk anak dengan jarum direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KANGAR – Sepasang suami isteri direman selama empat hari selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun termasuk dengan cara mencucuk jarum dan membaling batu pada badan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah rumah di Simpang Empat, di sini, dan dilaporkan kepada polis pada Jumaat lalu.

“Dalam kejadian tersebut, mangsa yang juga cucu kepada pengadu memaklumkan dia dicubit pada paha kanan, ditampar di kepala, dibaling batu sehingga terkena pada dada kiri, dicucuk dengan jarum pada lengan kiri serta dicekik oleh ibu kandung dan bapa tirinya.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami trauma dan enggan pulang ke rumah ibunya,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan awal oleh pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini bagaimanapun tidak menemui kesan lebam atau bengkak kecuali satu kesan cucuk kecil pada lengan kiri mangsa.

Katanya, pasangan berkenaan yang berusia dalam lingkungan 30-an ditahan di Kampung Dato Ahmad Musa, Simpang Empat kira-kira pukul 11 malam, semalam.

“Mereka direman selama empat hari bermula hari ini hingga 27 Jun ini selepas permohonan reman diluluskan oleh Mahkamah Majistret Kangar,” ujarnya.

Tambahnya, kanak-kanak terbabit kini dirawat di HTF dan berada di bawah jagaan datuk serta neneknya dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI