fbpx

CWC: Man. City pesta gol lanyak Al-Ain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ECHEVERRI menyempurnakan sepakan percuma menarik seakan-akan menyamai gol ikonik Zidane ketika mengalahkan Al-Ain pagi tadi. - AFP

ATLANTA – Juara bertahan, Manchester City berpesta gol membelasah jaguh Emiriyah Arab Bersatu, Al-Ain 6-0 dalam aksi kedua Kumpulan G Piala Dunia Kelab (CWC) 2025 di Stadium Mercedes-Benz pagi tadi.

Menariknya, dua daripada enam gol itu berjaya dijaringkan oleh dua bintang baharu mereka, Claudio Echeverri dan Rayan Cherki sekali gus memastikan City mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati.

Echeverri, 19, dibeli daripada River Plate pada Januari 2024  tetapi dipinjamkan semula ke kelab Argentina itu sehingga awal tahun ini.

Aksi menentang Al-Ain itu merupakan debutnya bersama City dan lebih mengagumkan apabila penyerang bawah 23 tahun Argentina tersebut meledak gol menarik menerusi sepakan percuma pada minit ke-27.

Ia membuatkan rata-rata peminat City mula membandingkan gol itu dengan jaringan ikonik legenda Perancis daripada sepakan percuma, Zinedine Zidane ketika menentang England pada Euro 2024.

Cherki, 21, yang baru sahaja menyertai daripada Lyon bulan lalu, turut menceriakan kem City dengan gol pertama daripada dua perlawanan bersama kelab itu.

Empat lagi gol calon utama menjuarai CWC 2025 diperoleh menerusi dua jaringan Ilkay Gundogan dan masing-masing satu daripada Erling Haaland serta Oscar Bobb.

“Kami boleh menjaringkan tujuh gol tetapi sudah tiada masa. Ia sedikit ‘mengecewakan’ apabila kami gagal memintas Juventus di tangga pertama,” kata pengurus City, Pep Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI