fbpx

Guru wanita didakwa rotan budak direman 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan lebam pada tangan seorang murid sebuah pusat pendidikan prasekolah dekat Sungai Petani didakwa akibat dirotan seorang guru pada Khamis lalu.

SUNGAI PETANI – Seorang guru wanita di sebuah pusat pendidikan prasekolah, dekat sini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dipercayai dirotan pada Khamis lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 28 tahun itu dikeluarkan di Kompleks Mahkamah Sungai Petani, di sini pagi ini.

Proses reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan dua murid prasekolah berusia lima tahun didakwa mengalami lebam selepas dirotan seorang guru hanya kerana mereka dikatakan tidak bersungguh ketika latihan bola jaring pada Khamis lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI