fbpx

[VIDEO] ‘Rindu yang tiada penghujungnya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki dipercayai OKU berdoa di tepi pusara ibunya sebelum melambai pergi.

PETALING JAYA -Seorang lelaki dipercayai orang kurang upaya (OKU) menziarahi pusara ibunya sambil meluahkan rasa rindu menggunakan bahasa isyarat meruntun hati orang ramai.

Momen tersebut dikongsikan menerusi satu video di TikTok oleh @Hasmalina10 yang menunjukkan lelaki berkenaan berdiri di sisi kubur sambil berdoa kepada arwah ibunya dalam bahasa isyarat.

Dalam video tersebut turut memaparkan lelaki itu melambai ke arah pusara ibunya sebelum berlalu pergi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat kasih sayang mendalam lelaki berkenaan terhadap arwah ibunya.

“Allah, sedihnya dengan bahasa isyarat dia meluahkan kerinduan,” kata Jeffry.

“Sedihnya, dia baca doa untuk kesayangan dia” kata Rabuyah Abas.

“Rindu yang tiada penghujungnya,” komen Nor Rita. – KOSMO! ONLINE

@hasmalina10 Anak syurga ibumu… #deaf ♬ kaulah ibuku – angel

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI