fbpx

Pelajar perempuan dipukul, tampar dalam tandas sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video kejadian buli membabitkan pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Klang, Selangor

KLANG – Polis menyiasat kejadian buli membabitkan pelajar perempuan di tandas sebuah sekolah di daerah ini selepas menerima laporan berhubung satu rakaman video tular di Facebook tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, rakaman video itu memaparkan insiden pergaduhan melibatkan pelajar sekolah yang sama.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi lebih dua minit memaparkan seorang pelajar perempuan dikelilingi sekumpulan pelajar sebelum dipukul dan ditampar tular dalam media sosial.

Vijaya berkata, pihaknya memandang serius perlakuan buli, apatah lagi melibatkan pelajar sekolah. Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Izroy Kamarulzaman di talian 014-818 3519 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI