fbpx

Keputusan Mahkamah Tinggi jadi permulaan positif – Nizar Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Nizar ketika ditemui merasmikan program Pameran Pendidikan Pelabur Bersama Invest Smart @Pahang di East Coast Mall, Kuantan hari ini.

KUANTAN – Anak sulung bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini sebagai perkembangan positif dalam usaha mendapatkan keadilan buat bapanya.

Datuk Mohamad Nizar berkata, keputusan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) bapanya atas tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana RM27 juta milik SRC International Sdn. Bhd. (STC International) memberi sinar baharu selepas enam tahun kes itu tertangguh.

“Saya bersyukur dengan keputusan itu walaupun bukan pembebasan sepenuhnya. Sudah enam tahun kes ini berlangsung.

“Ia tertangguh bukan disebabkan oleh pihak pembelaan, tetapi pendakwa raya. Akhirnya kebenaran muncul.

“Saya harap ini satu permulaan yang baik untuk kes ayahanda (Najib),” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Pameran Pendidikan Pelabur Bersama Invest Smart @Pahang di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI