fbpx

30 kertas siasatan tatatertib anggota, pegawai polis Kelantan dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusoff (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai polis pada Majlis Perhimpunan Bulanan di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Polis Kelantan telah membuka 30 Kertas Siasatan Tatatertib (KST) melibatkan salah laku anggota dan pegawai di negeri ini bermula Januari hingga Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan hampir 100 peratus berbanding 18 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Menurutnya, pada masa sama Kertas Enkuiri Tatatertib (KET) turut melonjak kepada 11 kes berbanding hanya satu kes sepanjang tempoh tersebut pada tahun lalu.

“Berdasarkan data Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Kontinjen Kelantan mencatatkan peningkatan ketara.

“Trend itu amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, kesalahan yang dikesan antaranya pelbagai salah laku termasuk penyalahgunaan dadah, ketum, dan isu-isu tatakelakuan yang menjejaskan nama baik pasukan.

Beliau berkata, semua kes akan disiasat secara menyeluruh mengikut peraturan undang-undang dan tatatertib yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI