fbpx

Pasangan suami isteri warga emas ditemui mati di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membawa mayat mangsa ke Hospital Raub untuk proses bedah siasat.

 

RAUB – Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati di sebuah rumah kedai di Kampung Sg Ruan di sini hari ini.

Difahamkan mangsa Wong Tong Seng,75, menderita sakit jantung manakala isterinya Loh Kam Ngo,73, mengalami parkinson.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, mayat lelaki warga emas berkenaan ditemui dalam keadaan terbaring di hadapan singki bahagian dapur dengan keadaan telah berulat.

“Hasil pemeriksaan seterusnya mendapati mayat wanita warga emas ditemui terbaring di bucu katil di bahagian dalam bilik bahagian tengah.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan serta kawasan sekitar mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat.

Katanya berdasarkan bedah siasat mendapati punca kematian kedua-dua mangsa adalah akibat serangan jantung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI