fbpx

Nahas trak FRU: Syarikat pengendali lori akan diheret ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan di antara trak FRU dan sebuah lori muatan batu mengorbankan sembilan anggota FRU.

SHAH ALAM – Syarikat pengendali lori yang terlibat dalam nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak akan diheret ke mahkamah kelak.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, lesen pengendali syarikat itu telah dibatalkan serta-merta sebelum ini.

Menurut beliau, ramai masih keliru mengenai faktor permit kenderaan dan lesen pengendali syarikat yang terlibat.

“Kita ingin jelaskan bahawa ia adalah perkara berlainan, namun apa yang pasti lesen pengendali syarikat itu dibatalkan.

“Selain itu, kita menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengheret pemilik syarikat berkenaan ke mahkamah,” katanya pada sidang akhbar perasmian majlis penggunaan peranti kawalan had laju (SLD) bagi kenderaan perdagangan di sini, hari ini.

Kata Anthony, keluarga mangsa juga boleh mengambil tindakan sivil terhadap syarikat itu.

“Mereka mempunyai hak bagi mendapatkan ganti rugi dan pampasan selayaknya akibat insiden itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI