fbpx

Peniaga rugi RM322,000 tertipu tender tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU TERENGGANU – Seorang peniaga kerugian RM322,000 akibat terperdaya oleh sindiket penipuan yang menawarkan kononnya tender pembekalan stesen kuasa untuk sebuah kolej universiti di Kemaman.

Wanita berusia 52 tahun itu menyedari dirinya tertipu apabila invois pembayaran diterima daripada suspek mencurigakan kerana disahkan pula oleh institut pengajian berlainan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, pada mulanya, peniaga terbabit telah dihubungi suspek mendakwa kononnya pegawai Kolej Universiti TATI (UCTATI) yang menawarkan tender pembekalan stesen kuasa mini tersebut.

“Suspek mendakwa tender itu membabitkan pembekalan 32 unit stesen kuasa mini terbabit yang setiap satu bernilai RM20,000.

“Mangsa yang berminat telah diperkenalkan oleh suspek dengan syarikat kononnya boleh membekalkan barangan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sharudin berkata, peniaga wanita terbabit kemudiannya mula membuat pembayaran pembelian stesen kuasa mini terbabit secara berperingkat, yang mana pembayaran dilakukan ke dalam dua akaun bank berbeza diberi suspek antara 4 hingga 10 Jun lalu.

“Setiap pembayaran mangsa diberi invois. Begitupun dia mula curiga apabila perasan semua dokumen terbabit bukan disahkan UCTATI tetapi Kolej Yayasan Pelajaran Johor.

“Suspek yang dihubungi kemudiannya bukan sahaja enggan menjelaskan keraguan tersebut, malah tetap mengarahkan mangsa terus membuat pembayaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI