fbpx
Aisah sayu menunjukkan gambar cucunya, Fatin Nasrien yang turut terkorban dalam nahas bas membawa pelajar UPSI sewaktu ditemui di rumahnya di Kampung Kerandang, Besut hari ini.

Nahas UPSI: Fatin sepatutnya jalani latihan praktikum di Jabi bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang nenek terkilan tidak sempat bertemu cucu perempuannya sebelum pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu menaiki bas yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak awal pagi ini.

Fatin Nasrien Fadli, 22, yang merupakan cucu Aisah Abdul Rahim, 67, disahkan antara 15 mangsa yang maut dalam nahas pada pukul 1 pagi itu.

Aisah berkata, kebiasaannya, Fatin Nasrien akan bertemu dahulu dengannya setiap kali pulang ke kampus.

“Kali ini kami tidak sempat berjumpa buat kali terakhir seperti kelaziman disebabkan cucu saya (Fatin Nasrien) mengikut pulang ke kampung ibunya di Tanah Merah, Kelantan pagi Aidiladha pertama kelmarin.

“Saya difahamkan dia menaiki bas (sewa khas) untuk pulang ke kampus UPSI bersama rakan sekuliah lain di pekarangan Masjid Hadhari, Jertih di sini pada selepas solat isyak malam tadi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Kerandang di sini hari ini.

Aisah berkata, Fatin Nasrien sempat singgah bertemunya pada pagi Aidiladha pertama sebelum mengikut pulang ke kampungan halaman ibunya kemudian.

Katanya, sewaktu pertemuan singkat itu, cucu perempuannya penuh ceria memberitahu dia dijadual menjalani latihan praktikum di sebuah sekolah di Jabi di sini pada bulan depan.

“Nampaknya hajatnya itu tidak kesampaian. Fatin hanya pulang beraya sekejap sahaja dari Khamis lalu hingga semalam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI