fbpx

Lembu korban lari mahu naik pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lembu itu ‘bersiar-siar’ di landasan lapangan terbang. - Facebook

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan seekor lembu korban berkeliaran di landasan sebuah lapangan terbang di Indonesia selepas melarikan diri daripada disembelih, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman dimuat naik di laman Facebook memaparkan haiwan tersebut berlari di antara pesawat bersama tali pada lehernya. 

Kemunculan lembu itu mengejutkan penumpang di dalam kapal terbang dan kakitangan yang sedang bertugas. 

Ada antara mereka cuba melarikan diri kerana bimbing dirempuh. 

Hantaran itu mencatatkan lebih 49,900 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. 

“Lembu itu mahu lari naik pesawat,” kata seorang netizen. 

“Pasport tertinggal pula,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI