fbpx

Aliran trafik perlahan menghala keluar Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik perlahan di kawasan Bandar Utama menghala ke pusat bandar Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Aliran trafik menghala keluar Kelantan melalui pusat bandar Gua Musang di sini hari ini bergerak perlahan apabila perantau mula bergerak pulang ke ibu negara selepas menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, jumlah kenderaan semakin bertambah terutamanya di laluan Jalan Kuala Krai menuju ke Gua Musang.

Katanya, beliau menjangkakan kenderaan perantau akan semakin bertambah pada petang ini.

“Bilangan kenderaan semakin bertambah apabila anak perantau memulakan perjalanan pulang ke ibu negara pagi ini.

“Pihak polis akan membuat pemantauan dan penarikan trafik dari semasa ke semasa bagi mengurangkan kesesakan kenderaan,” katanya.

Seorang pengguna jalan raya, Mohd. Izwan Zakaria, 43, berkata, aliran trafik perlahan di beberapa kawasan terutamanya dari bandar Kuala Krai menuju ke Gua Musang.

Katanya, keadaan lalu lintas masih terkawal dan kenderaan dijangka semakin bertambah menjelang petang dan malam ini.

“Saya mahu pulang ke Kuala Lumpur untuk bertugas selepas pulang ke kampung halaman untuk bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Saya sempat berhenti rehat di Hentian Rehat dan rawat Rantau Manis di sini dan kawasan itu dipenuhi dengan kenderaan perantau. Kenderaan bergerak perlahan di Bandar Utama dan kawasan pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU) dekat Taman Wangi di sini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI