fbpx
Khairy (kiri) dan Khairul senada bahawa figura popular termasuk selebriti bertanggungjawab dalam memberi teladan baik buat masyarakat.

Orang popular jaga nama, anda ‘superhero’ masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENJADI figura popular baik selebriti, pempengaruh atau ahli politik sekalipun perlu datang sekali dengan tanggungjawab besar yang perlu dipenuhi.

Setiap tingkah laku dan perbuatan mereka yang dikenali ramai mudah mempengaruhi masyarakat terutama orang muda pada zaman serba canggih sekarang.

Dari satu perspektif, orang popular ini bagaikan superhero atau adiwira yang dipertanggungjawabkan untuk menabur benih-benih kedamaian kepada orang ramai.

Mereka mempunyai pengikut yang ramai dalam gelanggang media sosial, barangkali dengan hanya satu perenggan penulisan dan sekeping foto misalnya, pendapatan mereka ‘masuk’ berganda berbanding orang biasa.

Tidak menyebut mana-mana nama secara spesifik, apa yang berlaku dalam dunia hiburan baru-baru ini menyentak jiwa ramai peminat melibatkan satu kes amang seksual.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sama ada suka atau tidak, orang popular termasuk golongan selebriti mmepunyai tanggungjawab yang besar iaitu memberi teladan baik kepada orang ramai.

“Bila kita berada dalam dunia hiburan, memang akan jadi role model (idola). Bukan saya cakap masyarakat patut mengidolakan artis, tetapi itu memang natural (resamnya).

“Mereka (selebriti) akan ada kelompok peminat. Bila dah jadi orang popular (tidak kira ahli politik atau artis), kena ada rasa tanggungjawab menjadi satu ‘watak’ yang boleh menjadi contoh kepada orang ramai.

“Saya tahu susah sebab semua orang ada kehidupan peribadi masing-masing, tetapi sebagai figura popular, itulah erti pengorbanan,” kata Khairy yang juga penyampai radio Hot FM.

Sementara itu, pempengaruh, Khairul Aming pula berkata, kehidupan orang popular seperti beliau diibaratkan seperti putaran roda dan bukan semua yang berlaku indah-indah belaka.

Rate card seseorang (terutama pempengaruh) bergantung kepada engagement dan relevansi dalam pasaran.

“Semakin hari semakin ramai pencipta kandungan. Sebab itu industri ini nampak mewah, tapi tidak mampu bertahan kalau tidak menjaga branding (nama),” katanya yang juga ahli perniagaan berjaya.

Dunia hiburan atau show biz ini juga satu perniagaan yang memerlukan para pelakunya sentiasa menjaga nama masing-masing. Andai tersilap langkah, dalam sekelip mata segala kejayaan yang dibina dengan titik peluh sendiri musnah begitu sahaja.

Seperti mana mereka bergelar orang popular mudah meraih pendapatan, begitu mudah juga mereka mudah dibobrokkan andai tertangkap atau didakwa melakukan kesalahan walaupun sekecil zarah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN