fbpx

Sudah disembelih bangun semula, siap tanduk orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan seekor lembu yang telah disembelih bangun semula dan menanduk orang di sekeliling.

PETALING JAYA – Seekor lembu korban mencetuskan kekecohan apabila haiwan itu yang telah disembelih secara sah, tiba-tiba bangun semula dan berjalan ke arah lembu lain yang sedang nazak.

Menerusi video di TikTok milik @Mommysofea, kelihatan lembu berkenaan bertindak menanduk orang sekeliling, sekali gus mengejutkan orang ramai yang berada di lokasi

“Ahli Jawatankuasa (AJK) tu cakap lembu dah disembelih sampai putus urat, cuma mereka buka tali terlalu awal,” kata pemilik akaun tersebut di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan kejadian tersebut.

“Saya ada di tempat kejadian kebetulan lembu ni lembu korban saya,” kata Khairul Aizat.

“Kadang-kadang memang dah putus urat tetapi kalau darah dia jenis pekat dan tak lancar keluar, jadi tersumbat, pun boleh sebab dia jadi gagah lagi,” ujar Lala.

“Itu orang cakap kalau nak sembelih, tempat penyembelihan jangan bagi haiwan tengok,” komen @Syafiqah2706. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI