fbpx

UNL: Martinez, Portugal kongsi impian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PORTUGAL berjaya menempah slot final UNL selepas berjaya membenam cabaran Jerman sebelum ini. - AFP

MUNICH – Jurulatih Portugal, Roberto Martínez tekad untuk menamatkan kemarau trofi enam tahun pasukan untuk merampas piala Liga Negara-Negara Eropah (UNL) ketika menentang juara bertahan, Sepanyol di pentas final awal pagi esok.

Malah, Martinez turut berharap untuk membuktikan kredibiliti di peringkat antarabangsa selepas dikritik gagal menjulang sebarang trofi dalam tempoh sembilan tahun ketika mengemudi Belgium dan Portugal sebelum ini.

Namun, pengendali berusia 52 tahun itu mengakui fokus utama adalah untuk membantu pasukan melakar keputusan positif dengan meraih trofi pertama sejak menjulang UNL edisi 2019 dan bukan melunaskan misi peribadi.

“Sebenarnya saya menjadi jurulatih bukan untuk memburu trofi kerana saya lebih berminat untuk membentuk pasukan yang memiliki mentaliti juara agar barisan pemain boleh kecapi kejayaan.

“Saya melihat pasukan ini sudah cukup matang dan bersedia untuk memberikan yang terbaik agar harapan peminat dapat direalisasikan,” katanya.

Mengulas mengenai kelebihan skuad Selecao kali ini, Martinez percaya kombinasi pemain muda dan senior menjadi faktor pasukan semakin konsisten sejak tahun lalu.

“Saya rasa kekuatan pasukan sekarang semakin seimbang di setiap posisi kerana kita memiliki ramai pemain muda berkualiti. Dalam masa sama, kita tidak boleh menidakkan impak pemain senior seperti Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes dan Bernardo Silva,” katanya.

Sementara itu, Silva selaku perancang pasukan Portugal berharap Ronaldo dapat terus memberikan impak buat pasukan seperti yang dilakukan selepas meledak gol kemenangan ke atas Jerman pada aksi separuh akhir, Khamis lalu.

“Kita semua seperti tidak percaya Ronaldo kini sudah berusia 40 tahun. Namun, cara permainannya di atas padang tidak mencerminkan usia sebenar dan harap dia dapat kekalkan momentum di pentas final nanti,” kata Silva. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI