ALOR SETAR – Tiga pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, dekat sini maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer (KM) 49.4 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Tandop, di sini hari ini.
Kemalangan pada pukul 2.10 petang tadi itu turut mengakibatkan seorang lagi rakan mereka cedera parah.
Kejadian berlaku ketika tiga mangsa yang berusia 19 tahun menaiki dua motosikal dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, Sabtu ini.
Motosikal dinaiki mereka kemudian merempuh sebuah kereta jenis Naza Ria yang diletakkan di bahu jalan.
Mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk bedah siasat.
Sementara itu, pekarangan Jabatan Forensik HSB di sini sayu apabila waris berhimpun untuk menuntut jenazah. – KOSMO! ONLINE