fbpx

‘Ibu sudah jadi penyelamat nyawa pak cik Lebanon’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang jemaah haji warga Indonesia bantu menyelamatkan jemaah haji warga Lebanon yang terkena serangan jantung di Tanah Suci.

PETALING JAYA – Tindakan pantas seorang jemaah haji wanita warga Indonesia telah menyelamatkan nyawa seorang lelaki warga Lebanon yang tiba-tiba diserang sakit jantung ketika menjalankan ibadah haji baru-baru ini.

Menerusi hantaran Instagram @hjrachmawaty, lelaki itu tiba-tiba terkaku akibat serangan jantung sebelum wanita berkenaan segera memberi bantuan menggunakan teknik tepukan dan picitan tangan berdasarkan pengetahuan asas pertolongan cemas yang dimilikinya.

“Lelaki Lebanon ini tiba-tiba diserang sakit jantung dan dia menangis kesakitan sambil mengucapkan ‘bismillah’. Saya cuba bantu dia berdasarkan apa yang dia tahu dan apa yang dia baca. Alhamdulillah lelaki itu sihat dan boleh solat semula,” tulisnya dalam kapsyen hantaran tersebut.

Tinjauan di ruangan komen, pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji kecekapan wanita berkenaan.

“MashaAllah, ibu sudah jadi penyelamat nyawa pak cik dari Lubnan sehinggakan dia boleh melanjutkan ibadah haji. Semoga jadi amal jariah ibu, berpahala berlipat kali ganda,” kata @wahyu_djanti88.

“Alhamdulilah kadang step (kaedah) kecil boleh membantu dan meringankan,” ujar @Annamudi.

“Barakallah, sihat-sihat selalu para jamaah haji,” komen @is_pelssy.3. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI