fbpx

Lima kelab pencabar Liverpool – Gerrard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL diingatkan agar terus menguatkan pasukan dalam usaha mempertahankan gelaran EPL musim ini. - AFP

LIVERPOOL – Legenda Liverpool, Steven Gerrard melaungkan amaran kepada bekas kelabnya itu agar berjaga-jaga dengan ancaman daripada lima pasukan yang mampu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

The Reds dijangka sukar untuk mempertahankan gelaran dimenangi mereka musim ini disebabkan pencabar-pencabar ketika ini berbelanja sakan menguatkan pasukan seperti Manchester City.

Selain City, naib juara tiga musim berturut-turut, Arsenal, Chelsea, Newcastle United dan Aston Villa antara kelab diramal mampu mencabar Liverpool selepas ini.

“EPL adalah liga paling sukar di dunia. Anda mungkin sedar pasukan-pasukan seperti Chelsea dan City sedang menguatkan pasukan, begitu juga Arsenal.

“Newcastle dan Villa mengejar rapat di belakang. Liverpool perlu sedar mereka adalah pasukan yang diburu ketika ini, jadi perlu bergerak aktif dalam pasaran perpindahan,” kata Gerrard.

Gerrard yang tidak pernah memenangi sebarang gelaran liga dalam tempoh 17 tahun bersama Liverpool, berharap bintang-bintang seperti Mohamed Salah dan Virgil van Dijk dapat mengekalkan prestasi sama seperti musim ini.

Buat masa ini, Liverpool baru berjaya menandantangani pertahanan kanan Bayer Leverkusen, Jeremie Frimpong bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Trent Alexander-Arnold yang berhijrah menyertai Real Madrid.

Beberapa nama lain turut dikaitkan seperti Florian Wirtz yang memerlukan skuad bimbingan Arne Slot membayar lebih daripada £150 juta (RM861.43 juta) untuk memujuk Leverkusen melepaskan pemain tengah menyerang itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI