fbpx

Program LGBT: 38 soalan diajukan, mereka pilih jawab di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razaruddin.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung penganjuran sebuah program berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah merekodkan keterangan dua individu daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada pukul 3.10 petang semalam.

Menurut beliau, dalam proses rakaman selama lebih sejam itu, sebanyak 38 soalan diajukan, namun kedua-dua individu tersebut memilih untuk menjawab di mahkamah.

“Kita (polis) merampas sebuah telefon bimbit serta kad sim daripada salah seorang mereka untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini Kosmo! Online melaporkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain mengesahkan pihaknya memangil dua individu bagi membantu siasatan.

Siasatan kes itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) setelah dilengkapkan.

Berdasarkan kenyataan rasmi Pengerusi Sosialis Malaysia bertarikh 31 Mei lalu, program tersebut ditangguhkan bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan peserta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya mengesan satu hantaran di media sosial berhubung program yang dijangka berlangsung pada 21 Jun di Petaling Jaya.

Setakat ini, sebanyak 188 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung penganjuran program berkenaan. ⁠- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI