fbpx

Harimau Malaya ada pelan lebih menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGENDALI negara, Peter Cklamovski menjelaskan Harimau Malaya sudah pun memuktamadkan perancangan lebih menarik dan terpaksa menolak pelawaan Indonesia untuk mengadakan perlawanan persahabatan. - SADDAM YUSOFF

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya sudah pun mempunyai perancangan yang lebih mengujakan berbanding untuk menerima pelawaan Indonesia bagi mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa, September ini.

Seperti kelaziman, aksi antara Malaysia dan Indonesia sentiasa mendapat sambutan luar biasa daripada peminat kedua-dua negara namun hajat hajat Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir terpaksa ditangguhkan kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah ada perancangan lebih menarik.

Mengulas mengenai perkara ini, pengendali negara, Peter Cklamovski, menjelaskan segala perancangan skuad kebangsaan sudah pun dimuktamadkan dan peminat pasti akan teruja apabila ia diumumkan nanti.

“Ia bukan perkara yang saya akan ulas sekarang tetapi kami sudah ada perancangan dan tidak ada kelapangan. Pasukan kebangsaan akan umumkan perkara ini dan saya tahu Malaysia akan teruja dengan apa yang kami lakukan September ini.

“Ia akan jadi sesuatu yang menarik dan perkara ini sudah pun disahkan beberapa bulan yang lalu,” katanya.

Sebelum ini, Erick menerusi laporan di negara itu mendedahkan pihaknya sudah menghantar pelawaan kepada Malaysia untuk mengadakan persabahatan namun ia ditolak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI